Perumpamaan


PERUMPAMAAN
Perumpamaan ialah susunan kata-kata indah ,ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.
PERUMPAMAAN
MAKSUDNYA
1.   Bagai aur dengan tebing
Tolong menolong antara satu dengan yang lain
2.   Bagai bunyi cempedak jatuh
Bunyi jatuh yang kuat
3.   Bagai bulan dipagari bintang
Kecantikan gadis yang tiada tandingannya
4.   Bagai dihiris dengan sembilu
Perasaan yang sangat pedih
5.   Bagai duri dalam daging  
Sesuatu hal yang tidak menyenangkan
6.   Bagai itik pulang petang
Berjalan lambat sekali
7.   Bagai kumbang putus tali  
Amat cepat ; terlepas dari senggsara
8.   Bagai melepaskan batuk di tangga
Membuat kerja dengan sambil lewa sahaja
9.   Seperti langit dengan bumi
Perbezaan yang ketara
10.Seperti kerbau di cucuk hidungnya
Seseorang yang lurus ,menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan