KISAH BELALANG YANG DEGIL

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama. Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.“ Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah. “Saya akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang.Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

SOALAN KATA GANDA


Kata Ganda
Pilih 
jawapan yang
 
betul
 
Top of Form

1
Perkara yang ....... jika dibesarkan akan menimbulkan kesan buruk.
riuh-rendah
kusut-masai
remeh-temeh
kacau-bilau

2
Terdapat     ...... pengganas komunis yang enggan menyerah diri.
lebih-lebih
sisa-sisa
gerak-geri
saki-baki

3
Tutuplah ....... botol itu supaya air tidak tumpah.
kemas-kemas
ketat-ketat
sempit-sempit
dalam-dalam

4
Dia ....... kemalangan kerana memandu dengan laju.
bila-bila
akan-akan
betul-betul
hampir-hampir

5
Penduduk kampung ini ......... adalah petani.
rata-rata
hampir-hampir
tiap-tiap
kira-kira

6
Adat pepatih diamalkan oleh .......... masyarakat di Negeri Sembilan.
berpuak-puak
turun-temurun
suku-sakat
mati-matian

7
Jangan suka mempercayai perkara yang ..........
karut-marut
kacau-bilau
porak-peranda
terumbang-ambing

8
Saya khuatir ....... dia tidak dapat hadir ke majlis itu.
raga-raga
kalau-kalau
cemas-cemas
bimbang-bimbang

9
...... di majlis itu disediakan jamuan ringan.
Jejaka
Lelaki
Tetamu
Kekawan

10
Pasukan bomba ..... memadamkankebakaran itu.
tergesa-gesa
bermati-matian
bertungkus-lumus
terburu-buru

11
Timun sedap dimakan ..... sebagai ulam.
muda-muda
mentah-mentah
manis-manis
baru-baru

12
Dia tidak     ..... punca kejadian itu.
sedar-menyedari
ingat-mengingati
tahu-menahu
marah-memarahi

13
Sikap ........ perlu kita amalkan dalam usaha membentuk masyarakat yang harmonis.
atas-mengatasi
balas-membalas
tiru-meniru
hormat-menghormati

14
Sertailah peraduan itu ........ berjaya.
untung-untung
agar-agar
jangan-jangan
takut-takut

15
Makanan itu ....... dimakan olehnya kerana terlalu lapar.
sedap-sedap
kering-kontang
licin-licau
sisa-sisa

16
Badan Kamil penuh dengan ...... kerana terkena duri.
punah-ranah
corat-coret
calar-balar
saki-baki

17
....... dicampurkan untuk melazatkan makanan.
Kuih-muih
Rempah-ratus
Lauk-pauk
Sayur-mayur

18
Suasana di perhentian bas itu ...... dengan bunyi enjin kenderaan.
hingar-bingar
lintang-pukang
tunggang-langgang
lalu-lalang

19
Mulut bomoh itu ........ membaca jampi serapah.
bolak-balik
kembang-kempis
karut-marut
kumat-kamit

20
Dia bercakap dengan ........menyinggung ........ perasaan orang lain.
diam-diam, entah-entah
hati-hati , takut-takut
kuat-kuat      , ragu-ragu
perlahan-perlahan , baik-baik
Bottom of Form