Alkisah nya aku ,adik2ku , ibuku & kazenku merancang pergi ke Munduk ,Thailand yang sempadannya dengan Malaysia adalah sebatang sungai .Untuk ke sana kita tidak perlu mempunyai pasport ,dengan hanya membayar RM2 kpd bot penambang & naik bot tsbt utk ke seberang maka kita akan sampai keThailand .Begitu mudah kan .....kita boleh dikira macam pendatang tanpa izin lah juga tapi x de siapa yg peduli kerana sejak dahulu lagi memang ramai rakyat Malaysia yg ke sana utk shoooopping .Begitu lah hajat nya aku dan kaum kerabatku yg x sabar2 nak menghabiskan duit di sana .
Maklumlah teruja dengar cerita2 orang yg pernah ke sana & kerana tempat itu memang terkenal dengan harga barang yg murah berbanding di Malaysia ....Dengan bentuk tubuh kami semua yg gebus & montok2 ni agak seksa & mencabar jugalah nak naik bot panjang apabila sampai ke tepi sungai tersebut. Perasaan bercampur baur ...' jatuh dalam sungai mati la aku hari ni, dah la x tau berenang ' itu yg pertama terdetik dalam hati aku .Maklumlah jeti buatan org kampung tu bergerak2 semasa nak naik bot .
Syukur cabaran pertama berjaya di atasi apabila kami berjaya ke seberang dengan selamatnya .....Maka meroundlah geng Cik Kiah mencari barang yang berkenan di hati ....memang banyak betul penjual yang menjaja ditepi jalan & banyak kedai menjual bermacam2 barang ... kalau ikutkan hati memang nak memborong sakan tapi ingatkan susah nak membawa semua barang ,aku beli je la apa yg aku larat bawa . Selepas bermandi peluh menghabiskan duit yg bukan banyak pun , maka rombongan Cik Kiah kami mengangkut semua barang yg diborong untuk pulang .
Maka sekali lagilah kami terpaksa beranikan diri naik bot untuk kembali ke Malaysia .....Al-kisahnya bila sampai di jeti di Malaysia kedudukan jeti & bot agak tinggi . Ditambah pula jetinya yg bergerak -gerak ......dalam hati ' mcmana nak naik ni ...aduyai matilah kali ni ' tetapi terpaksa langkah jugalah x kan nak tercegat je dalam bot ....bermula di situ lah insiden ngeri & sangat memalukan berlaku pada diri ku di mana apabila aku melangkah naik aku x dapat nak seimbangkan diri sehingga menyebabkan aku "tertumuh" ke depan dan kepala ku masuk ke dalam sungai ....kemudian diikuti dengan separuh lg badanku yang masuk ke dalam sungai ....sandalku juga hampir hanyut tp nasib baik ada beberapa orang lelaki tua datang membantu aku naik ke tebing ......uwaaaa.....malunya aku pada masa tu semua mata memandang kepada ku .Dalam keadaan basah aku menapak ke atas tebing dan menuju ke arah tempat parking kereta ....dek kerana malu yg amat sangat aku dah x nampak orang sekeliling yg memandang ke arahku .....
Andai dapat aku menghilangkan diri di situ .....alangkah baiknya . Sepanjang perjalanan pulang kami gelak bagai nak pecah perut mengingatkan insiden tsbt .....aduyai , itulah kali pertama & terakhir aku buat kerja bodoh tu lagi .....lebih baik aku shopping kat JUSCO or mana2 shopping center yg senang lg menyenangkan walaupun harganya mahal ...... so pengajarannya ................. TAMAT




